PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN (DKBPP) TAHUN 2026
Pencalonan DKBPP Tahun 2026 telah dibuka mulai 1 Oktober 2025 (Rabu) dan akan ditutup pada 31 Oktober 2025 (Jumaat)
Pencadang dinasihatkan untuk membaca dengan teliti panduan pencalonan sebelum mengisi borang.
Pencalonan hendaklah dikemukakan menggunakan borang dengan SATU no.siri sahaja bagi setiap pencalonan. Borang salinan/fotostat TIDAK DITERIMA.
Tarikh akhir serahan borang kepada Urus Setia DKBPP adalah pada atau sebelum jam 6.00 petang 5 Disember 2025 (Jumaat). Pencalonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk proses selanjutnya